sharethis.js Sambut Sederhana 2nd Birthday Muhamad Hafidh | A Travel, Beauty & Lifestyle Blog
What are you looking for?
28 May 2020

Sambut Sederhana 2nd Birthday Muhamad Hafidh


Rajin dah datang. Selepas beberapa bulan senyap sunyi blog ni. Aku sibuk sikit dengan bisnes Shaklee dan hidup terkejut terkujat secara tiba-tiba seluruh rakyat Malaysia kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara virus pandemik Covid19.

Apa pun, hidup mesti diteruskan. Dan sambutan ulangtahun kelahiran Muhamad Hafidh, aku dan Ady plan buat simple seperti kebiasaan dan kali ni, mestilah sambut kat rumah je. Dilarang keluar rumah bersantai-santai lagi-lagi nak celebrate birthday bagai.

Aku tempah kek dengan kawan facebook CekOdah yang diperkenalkan oleh kawan aku jugak. Alhamdulillah rezeki sebab dia tinggal berdekatan dengan rumah aku dan senang la nak pick up kek tu kat rumah dia.

Aku tempah kek ni pun last minute dah. Sebelum tu pernah tanya bakers lain, tapi kebanyakanya luar Putrajaya. Paham-paham lah time PKP, tidak dibenarkan keluar dan masuk Putrajaya.

Selain kek, aku order Pizza Hut Delivery je. Aku tak sempat nak masak apa-apa sebab hari tu aku kena kerja. So, oder yang mana cepat dan senang je la.

 Lepas habis kerja, singgah ke McDonald presint 2 sebab situ je dekat dengan office. So, ada 2 menu tambahan iaitu Pizza Hut & McDonald. Yang penting, ada kek. barulah birthday namanya.














Alhamdulillah. Syukur atas rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan untuk aku. Apa lagi yang aku nak. Segalanya Allah dah bagi. Terima kasih Ya Allah.

Untuk Muhamad Hafidh, mama dan abah doakan Hafidh membesar sebagai seorang lelaki yang beriman dan bertanggungjawab. InshAllah mama dan abah akan berikan ilmu dan pendidikan yang terbaik untuk Hafidh dan Kakak Auni, Kakak Humayraa.

Kesayangan mama dan abah!



Add your comment

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa

@mashitah.mamat

Subscribe for the latest post