sharethis.js Sayur Feveret Aku, Brokoli & Cendawan Shitake | A Travel, Beauty & Lifestyle Blog
What are you looking for?
20 August 2020

Sayur Feveret Aku, Brokoli & Cendawan Shitake

 


Ini antara sayur yang paling senang la nak masak. Kalau balik kerja lambat tu kan, haaa ni lah menu dia. Ini menu sayur paling pemalas lah bagi aku. 

Tapi sedap. Aku suka cendawan shitake tu. Yummeeh! 

Bahan-bahan pun tak banyak. 

Apa yang perlu cuma;

3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
Brokoli - ikut suka la banyak mana nak letak
Cendawan shitake - ni pun ikut suka banyak mana nak letak
Sos tiram
Minyak masak/minyak zaitun
Garam

Cara masak pun senang.

Panaskan sedikit minyak masak atau minyak zaitun.
Tumis bawang putih sampai naik bau atau kekuningan gitu. Tapi jangan sampai hangit. 
Lepas tu campak brokoli dan cendawan shitake yang dah potong.
Lepas tu, masukkan sos tiram dan sedikit garam.
Hati-hati letak garam tu. Sos tiram dah masin tau. 
Lepas tu taruk la air sikit. 
Kemudian gaul gaul sampai sekata, biarkan sekejap sampai agak-agak dah masak. 

Aku suka brokoli yang layu sikit. So aku masak lama sikittttt. 

Lepas dah siap, makan la.
Apa lagi tunggu! 

Humayraa suka sangat la brokoli tu. Tak macam Auni, picky eater. Hurmmmm! 

Add your comment

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa

@mashitah.mamat

Subscribe for the latest post