sharethis.js Datuk K Bangga Anak Lelakinya Berjaya Selepas Ikuti Kelas Azizan Osman | A Travel, Beauty & Lifestyle Blog
What are you looking for?

#Biters
26 February 2022

Datuk K Bangga Anak Lelakinya Berjaya Selepas Ikuti Kelas Azizan Osman

Baru-baru ini, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K telah meraikan hari lahirnya bersama dengan isterinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan keluarga serta rakan taulan yang terdekat dengannya. Selain itu, beliau turut bertemu dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman pada majlis tersebut.

Di dalam majlis tersebut, Datuk K telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana berkat ajarannya, anaknya Asyraf Khalid telah berjaya membina empayar perniagaan yang sangat membanggakan.



Anak Lelakinya Mengasaskan Perniagaan Yang Diberi Nama Mutyara

Perniagaan yang diberi nama Mutyara itu merupakan perkongsian perniagaan Asyraf Khalid bersama isterinya, Tya Arifin. Hasil kejayaan tersebut, ianya telah meletakkan diri anak lelaki kesayangan Datuk K tersebut sebaris dengan usahawan berjaya yang lain.

Apa yang lebih membanggakan lagi, hasil kejayaan itu telah berjaya diraih dengan hanya dalam tempoh 3 tahun saja. Jadi, ianya ternyata sebuah tempoh masa yang sangat cepat dan pantas bagi sesebuah perniagaan dalam melakar kejayaan yang cemerlang.

Jom tonton Video ini:




Apa yang lebih mengesankan, Datuk Wira Dr Azizan Osman tidak hanya berjaya membantu membimbing Asyraf Khalid untuk mencapai kejayaan sebagai usahawan yang berjaya, tetapi juga dapat membantu mencorak kehidupan Asyraf Khalid untuk ke arah jalan yang lebih baik berbanding dulu.

Perkara ini telah diakui sendiri oleh Asyraf Khalid. Beliau sendiri telah mengakui yang dirinya dahulu seorang yang sangat nakal tetapi telah berjaya di buka mata untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik pada masa kini. Selain itu, kehidupannya juga lebih bermakna tanpa terus membuang masa secara sia-sia.



Dalam perkongsian status instagramnya,

“dulu saya merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapa serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.”

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan penuh bangga oleh ayahnya tersebut secara tidak langsung telah membuatkan dirinya berasa sangat lega. Ini kerana, membuat ayahnya (Datuk K) bangga terhadap dirinya merupakan salah satu impian terbesarnya yang ingin beliau realisasikan sejak dari dulu lagi.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”
"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.


Terbukti Azizan Osman Mentor Usahawan Terbaik






Dalam pada itu, Asyraf Khalid telah melihat Datuk Wira Dr Azizan Osman ini adalah sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata. Malahan, Azizan Osman secara holistik telah membimbing dari segi kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Yang Maha Esa. Malah nilai-nilai baik yang ada dalam lingkungan kelas bimbingan RichWorks membuatkan Asyraf Khalid menjadi bertambah lebih baik lagi.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya

Azizan Osman Diberi Penghargaan Oleh Datuk K






Dalam satu video yang dimuat naik ke Instagram Asyraf Khalid baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa bapanya telah merakamkan penghargaan yang sangat tinggi kepada mentor yang banyak membantu beliau tersebut. Ianya berikutan Mentor usahawan kita semua telah berjaya mengubah dan membimbing anaknya dalam kehidupan dan bisnes dalam tempoh 3 tahun. 3 Tahun bukanlah suatu detik yang sangat lama, tetapi banyak perubahan yang telah dikecapi dalam kehidupan mereka.


Datuk K Cemburu Serta Kagum Dengan Usaha Dr Azizan Osman



Datuk K pula mula rasa mencemburui serta mengagumi dengan kebolehan yang dimiliki oleh Dr Azizan Osman dalam melahirkan ramai usahawan jutawan yang berjaya.


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya lagi.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujar Datuk K.


Datuk K Bangga Dengan Kejayaan Asyraf



Datuk K pastinya sangat gembira dengan apa yang berlaku dengan pencapaian anaknya tersebut.

Bagi Datuk Khalid Mohamad Jiwa, beliau sangat berterima kasih terhadap Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana begitu bersungguh-sungguh dalam mencorak kehidupan anak-anak didiknya untuk berjaya dalam perniagaan masing-masing. Ianya termasuklah Asyraf Khalid sehinggakan anaknya boleh menjadi insan yang lebih bagus dan lebih berdedikasi.

Kesimpulannya, hasil penat lelah Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama pasukan RichWorks ternyata berbaloi dan mampu melahirkan ramai jutawan dari dulu hingga kini.

Pada sesiapa yang benar-benar ingin berjaya dalam dunia perniagaan, ada baiknya ikuti kelas bimbingan Dr Azizan Osman tersebut. Pasti anda boleh belajar, tambah ilmu dan nilai serta memperkembangkan lagi bisnes yang dimiliki ke tahap yang lebih membanggakan.

Add your comment

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa