sharethis.js | A Travel, Beauty & Lifestyle Blog
What are you looking for?

Hai, Assalamualaikum!

Nama aku Mashitah binti Mamat. Boleh panggil aku Sheetah atau Cheetah. Dilahirkan pada 16 Jun 1982 di Kg Sura Tengah, Dungun, Terengganu. Dan sekarang menetap di Putrajaya kerana berkhidmat untuk negara di sini sebagai penjawat awam sejak tahun 2010 selepas aku berpindah dari Penang.

Aku dah berkahwin, mempunyai seorang suami dan 3 orang anak. Alhamdulillah!



Selain bekerja makan gaji, aku juga berniaga. Menjual produk kecantikan dan kesihatan Shaklee sejak tahun 2012 lagi. Macam tak percaya pulak aku boleh kekal sampai sekarang dengan bisnes ni, yang memberikan aku pendapatan extra selain makan gaji.


Sejarah Bermula Sebagai Blogger


Sebelum ni, aku hanya berblog suka suka dan tak pernah serius. Aku hanya berkongsi cerita peribadi sekadar jadikan blog ini sebagai diari aku untuk dibaca oleh anak cucu cicit.

Kadangkala aku suka kongsi pelbagai tips. Tak sangka, ada yang mendapat manfaat daripada perkongsian aku tu. Aku rasa excited dan rasa happy pulak bila dapat membantu orang lain. Membuatkan aku lebih bersemangat nak berkongsi pelbagai info yang tak seberapa yang aku ada untuk orang lain yang tidak ada. InshaAllah.

Hobi & Aktiviti Kegemaran Aku


Travel: Aku percaya, jika diberi peluang dan ruang, ramai antara kita yang suka travel ke tempat orang kan? Aku juga tak terkecuali. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Menghayati keagungan Allah swt.

Kecantikan: Aku sukakan kecantikan walaupun bukanlah pakar kecantikan. Hanya untuk kepuasan sendiri dan suka berkongsi. Dapat kulit cantik, slim, sihat dah best sangat dah.

Planner: Sejak beberapa tahun lepas, aku suka pada hobi yang satu ni. Bermain dengan planner, washitape dan sebagainya. Ada masa lapang, aku suka explore tentang planner di instagram dan pinterest.

Gardening: Ini hobi aku sejak zaman sekolah lagi. Bila cuti sekolah, aku akan mula bercucuk tanam kat kawasan belakang rumah. Tanah kosong dan agak luas membolehkan aku tanam macam-macam jenis sayur. Paling aku suka tanam, sayur sawi. Cepat besar dan gemuk-gemuk.

Kerjaya Tetap, Assistant Engineer.


Buat masa ni aku masih Assistant Engineer di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya. Full time. Entah ada rezeki ke tidak aku nak jadi engineer. jadi Master Enggineer Shaklee je la kot.Hahaha!

Doakan aku ya kot tetiba satu hari nanti aku boleh jadi engineer kannnnnn.

Part Time Job, Part Time Blogger, Full Time Business


Part Time Job: Aku terima tempahan blog sekadar nak bantu kawan-kawan yang nak mula blogging. Tak serius, hanya dengan niat nak membantu kawan-kawan. Kebanyakannya mereka yang nak tempah blog adalah mereka yang belum pernah ada blog dan baru nak mula dalam dunia blogging. Ramai antara mereka nak buat blog untuk bisnes.

Part Time Blogger: Aku suka blog. Aku suka bercerita apa saja di blog. Niat aku untuk berkongsi info yang bermanfaat untuk semua yang pernah tersinggah dan menyinggah blog aku.

Full time business: Alhamdulillah, hampir 8 tahun sejak 2012 aku menjalankan bisnes Shaklee. Mungkin sebab aku suka travel dan selalu dapat trip percuma, tu yang aku setia kot. Walaupun ada masa rasa penat, tapi bila berjaya dapatkan trip Shaklee tu, lupa habis perasaan nak give up semua tu. Push factor kuat betul.

So, selama hampir 8 tahun aku dengan bisnes ni, mudah-mudahan ada tips bisnes dari blog ini dapat membantu anda untuk apply pada bisnes masing-masing.



Hobi Waktu Lapang Ketika Di Rumah.


Di waktu lapang, macam biasa lah aku suka deco rumah, deco planner, berkebun bercucuk tanam dan menghabiskan masa dengan family tersayang, kawan-kawan dan juga my Shaklee business partner. 
Hidup hanya sekali. Kematian menjemput pada bila-bila masa. Maka haruslah luangkan masa berharga bersama-sama orang tersayang.

Aku sangat berharap sedikit sebanyak perkongsian di blog ni, boleh memberi manfaat kepada sesiapa yang datang singgah ke WWW.MASHITAH.COM

Kalau ada salah silap aku dalam penulisan di blog ini, yang mengguris hati dan perasaan, tegurlah aku secara berhemah ya. Aku bisa terima dengan hati yang terbuka seluas lautan biru.

Akhir kata dari aku, terima kasih sebab sudi singgah blog aku dan support aku. Aku perlukan semangat semua untuk aku terus berkarya di medan blog ini. Ewwwaaahhh!

Semoga ukhuwah antara kita mendatangkan 1001 kebaikan dan manfaat dunia akhirat. InshaAllah.


Salam Sayang,
Terima Kasih.

Lve,
Mashitah Mamat

Add your comment

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa

Subscribe for the latest post